Asrama Bakti
Machang
asrama anak-anak yatim dan miskin
(lelaki)
Tentang Kami
Asrama Bakti, Machang
SEJARAH PENUBUHAN
Asrama Bakti ditubuhkan pada tahun 1987 dan mula diduduki sepenuhnya dalam tahun 1988. Ia dirasmikan oleh DYMM Raja Perempuan Kelantan pada tahun 1992. Matlamat utama tertubuhnya asrama ini adalah untuk membela nasib anak-anak yatim dan miskin di dalam jajahan Machang untuk meneruskan pelajaran dengan lebih baik dan selesa.
PENTADBIRAN
Asrama Bakti diletakkan dibawah jawatankuasa pengurusan asrama yang dibentuk secara sukarela dan dipengerusikan sendiri oleh YABRS Ketua Jajahan Machang. Penyeliaan, penjagaan dan pengurusan makan minum dilaksanakan oleh seorang penyelia bersama isterinya secara sukarela. Sumber kewangan asrama hanya mengharapkan derma dan sumbangan dari orang perseorangan dan badan-badan swasta.
PENGHUNI
Penghuni Asrama Bakti meningkat dari tahun ke tahun. Tahun 2015 mencatat lebih kurang seramai 35 orang penghuni. Rata-rata mereka adalah dari Jajahan Pasir Mas, Kuala Krai dan Machang. Mereka berumur dalam lingkungan 7 hingga 17 tahun dan bersekolah di sekitar Machang dan ditanggung sepenuhnya oleh pihak asrama.
KEJAYAAN PENGHUNI
Meskipun pelajar-pelajar terdiri daripada golongan yatim lagi miskin, tetapi kegigihan dan usaha mereka dalam menimba ilmu pelajaran adalah membanggakan. Asrama Bakti juga mampu mengeluarkan pelajar-pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran ke pusat-pusat pengajian tinggi seperti Universiti Malaysia Sabah - jurusan kewangan antarabangsa, Universiti al-Azhar Cairo - bidang dakwah, Universiti Teknologi MARA (UiTM) - kajian penyaki, kejuruteraan, perubatan dan sebagainya.
ANGGARAN PERBELANJAAN
Setiap tahun jawatankuasa terpaksa berusaha untuk mendapatkan bantuan sebanyak sekurang-kurangnya RM 110,000.00 setahun daripada orang ramai , kerajaan, badan swasta dan sebagainya untuk menghidupkan dan meneruskan kesinambungan asrama anak yatim ini.
Perbelanjaan makan minum 7.00 x 30 x 30 = RM 6,300.00
Air dan eletrik = RM 1,800.00
Tambang bas = RM 750.00
Mesin rumput = RM 250.00
Jumlah = RM 109,200.00
Projek Pertanian Bandar
Penghuni Asrama Bakti giat menjalankan aktiviti Projek Pertanian Bandar.
Bangunan pelajar yang lama | Asrama pelajar yang baru |
---|---|
Asrama pelajar yang baru | Tempat penginapan pelajar |
Madrasah | Rumah penyelia |
Tempat memasak | Tempat makan pelajar |
Tempat belajar | Sebahagian pelajar-pelajar Asrama Bakti |
Signboard Asrama Bakti | MachangGo_0653Pelajar Asrama Bakti |
Pandangan dari luar |